MyStarHill > Blogroll > Dakwa Penulis Blog! Biar Monyet Lain Takut

Dakwa Penulis Blog! Biar Monyet Lain Takut

Author: teropong | July 30, 2007 - 2:46 pm

TINDAKAN undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya ‘monyet-monyet’ lain takut dan mengambil iktibar daripadanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

- Bernama

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Propeller
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Related posts:

  1. Jee Mengakui Bercerai
  2. Sedang teropong dok heboh dok jalan sana sini. Terpandang plak satu...
  3. Hans Isaac Sangkal Pernyataan Erra Fazira
  4. Kontroversi cinta tiga segi Hans - Erra - Emran terus diperkata....
  5. Rainie Yang in Edison Chen Naked Picture Scandal
  6. Rainie Yang (杨丞琳), the squeaky clean of Taiwan startlet, was...
  7. Rainie Yang Surprises Guan Ying’s My DNA Says I Love You Session
  8. Rainie Yang did a surprise appearance at her friend, Guan Ying’s ‘My...

Hot! Fresh! Delivered to You!! Enter your email address to subscribe to MyStarhill via email
(example: adam@yahoo.com) Options

Mystarhill Feed

Leave a Reply on "Dakwa Penulis Blog! Biar Monyet Lain Takut"